Pandangan dan Buku Hans-Adam_II,_Putera_Liechtenstein

Prince Hans-Adam II pernah menulis sebuah buku The State in the Third Millennium (ISBN 9783905881042), yang diterbitkan pada akhir 2009. Di dalamnya, baginda mempertikaikan kepentingan negara bangsa sebagai aktor politik. Baginda membuat perbandingan demokrasi sebagai bentuk pemerintahan terbaik, seperti yang dilihat pada China dan Rusia sebagai peralihan ke arah tersebut walaupun jalan yang akan dilalui adalah sukar untuk negara-negara ini. Baginda juga mengisytiharkan peranan dalam keluarga dirajahanya mendapat pengesahan dengan persetujuan rakyat. Dia menekankan bahawa kerajaan sepatutnya dihadkan kepada satu set tugas dan kebolehan yang kecil, baginda menulis bahawa rakyat "membebaskan negara dari tugas dan beban yang tidak perlu yang telah ditanggung sejak ratusan tahun lalu sehingga mengganggu tugas utama iaitu memastikan pelaksanaan undang-undang dan hubungan luar.”[6]

Dalam wawancara, yang dirakamkan pada November 2010, Hans-Adam berkata baginda melihat masalah dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, seperti kelemahan demokrasi langsung. Baginda juga berkata, "Saya duduk di sini dan itu kerana rakyat A.S. menyelamatkan kami pada Perang Dunia ke-2 dan ketika Perang Dingin. Jadi saya amat berterima kasih kepada mereka."